Wednesday, July 7, 2010

#1

Hai pembaca-pembaca! Ini adalah pertama kali saya menulis di blog ini. Di sini, saya mahu mengetengahkan topik-topik tentang budaya melayu dan pendapat saya. Salah satunya adalah tentang pakaian tradisional.




Cuba anda lihat di sekeliling kamu semua? Masihkah anda melihat anak-anak melayu kita berpakaian tradisional seperti baju kurung? Ada sesetengahnya, berpakaian begitu tetapi kebanyakan tidak. Kenapa tidak? Soalan itu selalu sahaja berputik di kepala saya. Tidak mengapa, marilah kita lihat pakaian tradisional melayu.





Diantaranya adalah baju kurung. Baju kurung ada pelbagai corak dan warna serta wanita akan kelihatan berseri memakainya. Tetapi saya heran kenapa tidak mereka memakainya. haha, saya cakap sahaja banyak, tetapi saya sendiri tidak memakainya kecuali apabila menghadiri majlis perkahwinan.

Sampai sini sahaja apa yang saya mahu katakan. Jumpa lagi di coretan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment