Thursday, July 29, 2010

permainan tradisional






sudah lama saya tidak menulis di blog ini. keadaan sudah semakin sibuk sekarang. banyak kerja rumah. bercakap tentang kerja rumah, saya ditugaskan untuk membuat poster mengenai satu permainan tradisional daripada guru melayu saya. sebelum itu, saya mahu membincangkan tentang permainan tradisional melayu yang ada. contohnya, gasing.







gasing diperbuat daripada kayu dan ramai anak muda dahulu bermainnya. namun zaman sekarang, gaisng tidak lagi dimainkan oleh kalangan kanak-kanak lagi. ia sebaliknya dibuat perhiasan di rumah sebagai bahan antik. gasing sekarang diperbaharukan dengan permainan yang dinamakan Beyblade. pasti anda semua pernah dengar tentang permainan ini. ia terutama sekali terkenal di kalangan kanak-kanak lelaki.


selain gasing, congkak juga adalah salah satu permainan tradisional melayu.
congkak pula, terkenal di kalangan kanak-kanak perempuan. haha, saya rindu bermain dengan congkak. rasanya sudah lama saya tidak lagi memegang guli dan meletakkan di lobang kayu yang tersedia itu.
sampai disini sahaja lah coretan saya hari ini.


No comments:

Post a Comment